• Main
  • News

Majlis Penutupan Bulan Patriotisme 2026

Majlis Penutupan Bulan Patriotisme 2026

MAJLIS PENUTUPAN BULAN PATRIOTISME 2026

Isnin, 14 September 2026 – Setelah berlangsung sejak 10 Ogos 2026, Sambutan Bulan Patriotisme 2026 peringkat SMK Bukit Katil telah melabuhkan tirainya menerusi Majlis Penutupan Bulan Patriotisme Peringkat Sekolah 2026 yang bertempat di Dataran Kencana SMK Bukit Katil.

Majlis ini diadakan sebagai tanda kemuncak kepada pelbagai pengisian dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Sambutan Bulan Patriotisme. Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk rasa cinta akan negara serta meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan 2026, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan ini turut menjadi wadah untuk murid menghayati erti kemerdekaan serta menghargai segala nikmat keamanan, kesejahteraan dan kemajuan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Majlis penutupan yang melibatkan seluruh warga murid SMK Bukit Katil ini berlangsung dalam suasana penuh semangat kebangsaan. Para murid dan guru turut bersama-sama menghayati semangat cintakan tanah air melalui pengisian yang disediakan, sekali gus menjadikan penutupan sambutan ini sebagai satu pengalaman yang bermakna.

Secara keseluruhannya, Sambutan Bulan Patriotisme 2026 diharapkan dapat terus menyemai nilai cinta akan negara, perpaduan, jati diri dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia dalam diri setiap warga SMK Bukit Katil. Semoga semangat patriotisme yang disemai sepanjang program ini terus mekar dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati ????????❤️

#SMKBK
#KITKAT
#BulanPatriotisme2026
#MalaysiaMADANI
#KemenjadianInsanTerdidikKamiAmbilTanggungjawab